fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: 20,141 guru baharu ditempatkan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 20,141 guru baharu akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara tahun ini bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata sehingga 22 September 2025, sebanyak 10,045 guru baharu telahpun ditempatkan di sekolah, manakala 10,096 lagi daripada pasaran terbuka dan graduan PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) akan mula ditempatkan pada November ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan guru baharu yang telah dan akan ditempatkan tahun ini seramai 20,141 orang,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Beliau bekata demikian bagi menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang meminta perincian jumlah kekosongan guru mengikut negeri dan opsyen mata pelajaran serta calon yang kini di masih dalam proses menunggu.

Menurutnya, pengambilan besar-besaran itu menunjukkan komitmen KPM untuk menangani isu kekurangan guru di seluruh negara, terutama bagi subjek teras dan pendidikan khas.

Kah Woh berkata, pihak kementerian sentiasa memantau keperluan tenaga pengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terjejas.

“KPM sentiasa berusaha memastikan pengisian jawatan guru di sekolah mencukupi agar PdP dapat berjalan lancar dan berkualiti,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI