TAMPIN – Seorang pesara guru, Hishamudin Abu Talib, 57, tidak menyangka perniagaan cendol yang diusahakan bersama isterinya, Norhasimah Ismail, 52, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Katanya, dia menjalankan perniagaan di bawah jenama Cendol Cikgu itu dijual di laluan Gemencheh-Batang Melaka di sini selepas bersara tahun lepas setelah berkhidmat selama 33 tahun dalam dunia pendidikan. Ujarnya, jawatan terakhir sebagai Guru Kanan mata pelajaran Teknik Vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Taha di Gemencheh. “Cendol yang dijual pada harga RM4……














