fbpx
Anwar pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. - FOTO IHSAN SEKRETARIAT ASEAN

ASEAN ke-47: Satu kelegaan yang besar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri meluahkan rasa lega selepas berjaya menamatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara dengan penuh lancar dan bermakna.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang kali ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kebersamaan negara anggota, malah membuktikan misi ASEAN masih kekal relevan dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin mencabar.

“Oh, satu kelegaan yang besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sidang berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berkata, sepanjang persidangan, ASEAN berjaya menghidupkan semangat dialog, membina jambatan baharu dan meneguhkan asas kerjasama serantau yang berlandaskan kesabaran serta kebijaksanaan.

“Kita sedar tiada kepimpinan atau generasi yang mampu memperbetul semua kesilapan, namun setiap langkah kecil membawa rantau ini lebih dekat kepada harapan dan keadilan,” ujarnya.

Dalam majlis sama, Anwar secara rasmi menyerahkan kepengerusian ASEAN kepada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr., bagi tahun 2026, sambil menzahirkan keyakinan bahawa ASEAN akan terus kukuh di bawah kepimpinan negara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI