fbpx
Anwar (tengah) ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur semalam - Foto oleh IHSAN SEKRETARIAT ASEAN

ASEAN ke-47: PM hargai sokongan petugas, rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua petugas termasuk rakyat Malaysia atas sokongan, kesabaran dan semangat yang ditunjukkan sepanjang Kepengerusian ASEAN tahun ini.

Anwar berkata, kejayaan penganjuran sidang berprestij itu tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi dan kerja keras semua pihak, termasuk para pegawai, sukarelawan serta pasukan keselamatan.

“Ribuan yang bertugas, dari lapangan terbang hingga ke pasukan keselamatan. Tanggungjawab bertukar menjadi khidmat, dan khidmat menjadi cinta kepada negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini.

Anwar turut menzahirkan rasa bangga terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa menyambut tetamu rasa hormat dan mesra.

“Sikap ramah bukan sekadar adat, tetapi merupakan cerminan watak kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI