fbpx
Anwar (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Li Qiang sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh IHSAN PMO

ASEAN ke-47: Komitmen kekal hubungan seimbang dengan kuasa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- ASEAN terus menyatakan komitmen untuk mengekalkan hubungan seimbang dengan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat (AS) seiring dengan konsep pemusatan diamalkan blok berkenaan bagi memperkukuh hubungan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keupayaan ASEAN mengekalkan hubungan seimbang dengan kuasa luar disifatkan sebagai penglibatan berterusan yang membina kepercayaan, seterusnya membolehkan segala cabaran ditangani secara bersama.

“Dua hari yang lalu kami bersama Presiden Donald Trump dari Amerika Syarikat dan hari ini kami kembali bersama China. “Ini menunjukkan peranan kesentralan ASEAN dan saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sejawat di ASEAN atas kebijaksanaan dalam mengekalkan kesentralan dan hubungan persahabatan dengan semua negara.

“Inilah dianggap sebagai pendekatan berterusan yang membina kepercayaan, seterusnya membolehkan kita menangani cabaran bersama secara kolektif,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-28 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi ASEAN berkata, blok serantau itu kini disertai 11 anggota selepas Timor-Leste mengesahkan penyertaan negara itu pada Ahad.

“Keseragaman pandangan sepenuhnya mungkin tidak dapat dicapai dan tidak perlu pun, namun saya percaya bahawa penghargaan terhadap penglibatan konsisten dan konstruktif China dapat dikongsi bersama semua pihak,”katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menghargai penglibatansecara langsung Perdana Menteri China, Li Qiang ketika Sidang Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (GCC)–China yang berlangsung di ibu negara pada Mei lalu.

“Kami berasa amat berbesar hati menerima kehadiran anda sekali lagi hari ini.

“Kehadiran ini mencerminkan komitmen teguh dan berterusan China untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN,” katanya.

Sebelum itu, ASEAN dan China menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0, bagi memperkukuh integrasi dan memacu pertumbuhan yang mampan serta inklusif di rantau ini. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI