fbpx
ANJING berwarna biru ditemukan di Chernobyl. - Foto Jam Press/@DogsofChernobyl

Anjing di tapak nuklear bertukar biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Kumpulan penjaga anjing yang tinggal di kawasan tapak loji nuklear Chernobyl, Ukraine menemui beberapa ekor haiwan itu dengan bulu berwarna biru, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini di zon bencana tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pertubuhan dikenali sebagai Dogs of Chernobyl itu berkongsi satu rakaman video yang memaparkan beberapa kawanan anjing, dengan sekurang-kurangnya seekor berwarna biru sepenuhnya.

Ia tidak berwarna biru minggu lepas. Kami tidak tahu puncanya dan kami sedang berusaha menangkap haiwan tersebut untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” kata pasukan itu dalam keterangan video.

“Berkemungkinan besar anjing-anjing itu terdedah kepada sejenis bahan kimia,” tambah kumpulan berkenaan.

Organisasi tersebut yang merupakan sekutu kepada pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Clean Futures Fund menyatakan, walaupun warna biru itu kelihatan membimbangkan, anjing-anjing tersebut kelihatan sangat aktif dan sihat.

Ia turut menyediakan makanan dan rawatan perubatan kepada haiwan-haiwan tersebut setiap tahun.

Anjing-anjing itu merupakan baka kepada haiwan peliharaan yang ditinggalkan ketika penduduk dipindahkan selepas bencana kebocoran nuklear Chernobyl pada 1986, yang dianggap sebagai antara kemalangan nuklear paling dahsyat dalam sejarah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI