fbpx
Anggota APM meninjau kawasan Kampung Alor Gunung, Alor Setar yang dilanda banjir semalam.

361 mangsa banjir Kota Setar berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat kepada 361 orang dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Idris, Tajar semalam.

PPS SK Haji Idris menempatkan seramai 131 mangsa, manakala PPS SK Taman Aman menempatkan 230 orang setakat pukul 8 pagi tadi.

“Kesemua mangsa adalah dari 18 kampung terjejas di mukim Anak Bukit dan Tajar,” katanya di sini hari ini. Sementara itu, di daerah Pendang, seramai 557 mangsa masih berlindung di tiga PPS, manakala di Pokok Sena, 87 orang ditempatkan di satu PPS.

Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke enam PPS di tiga daerah berkenaan adalah seramai 1,005 orang daripada 282 keluarga.

Sementara itu, hanya satu sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Pendang di Pekan Pendang setakat pukul 7 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI