fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh pengguna @NA yag dimuat naik di laman TikTok menunjukkan sup ‘ahli sihir’ hasil cubaan meniru resipi cef selebriti Anis Nabilah.

Sup ‘ahli sihir’ curi perhatian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cubaan seorang pengguna TikTok untuk meniru resipi sup chef selebriti, Anis Nabilah bertukar menjadi gurauan netizen apabila hasil masakannya kelihatan seperti sup ‘ahli sihir’.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna @NA, dia meluahkan rasa kecewa apabila sup yang dimasaknya bertukar menjadi warna hijau sehingga membuatkan dia hilang selera makan.

“Sup saya jadi warna hijau macamni, saya tak lalu nak makan. Nak tiru sup Anis Nabilah tapi jadi macam sup ahli sihir,” katanya berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen kucu ditinggalkan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Blend daun sup sikit sis, bukan sekebun,” seloroh @LadyDhia.

“Dah macam kena radioactive,” ujar @Spanishlattebuttercream.

“Macam sup matcha ni sis, hehe maaf tergelak,” komen @Raya Aristika.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI