fbpx
Tangkap layar hantaran oleh Wissam Shabat di Instagram, memaparkan kawasan perkuburan pejuang Palestin digali semula dan dibiarkan terbuka oleh Rejim Zionis.

[VIDEO] Kubur pejuang Palestin diceroboh, jenazah dihina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wartawan rakyat Palestin meluahkan rasa kecewa selepas menyaksikan kawasan perkuburan pejuang Palestin digali semula oleh rejim zionis.

Menerusi hantaran pengguna Wissam Shabat di Instagram, cebihan kain kafan serta tulang manusia kelihatan terdedah.

“Perbuatan menggali semula kubur ini bukan sahaja melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tetapi satu serangan terhadap nilai agama dan kemanusiaan yang memuliakan jasad.

“Kekejaman Israel dalam menghapuskan bukti perjuangan bangsa Palestin dengan menafikan bukti dan simbol ketabahan mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, gencatan senjata antara Hamas dan Israel, dijadualkan memulangkan kesemua 48 tebusan yang masih hidup dan mati sebagai pertukaran untuk hampir 2,000 rakyat Palestin yang ditahan oleh Rejim Zionis.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hanya 15 daripada 28 tebusan yang mati telah dipulangkan setakat ini, dengan mayat mereka tertimbus di bawah runtuhan di seluruh wilayah yang musnah itu.

Kejadian itu sekali lagi mencetuskan kemarahan ramai pihak yang mengecam tindakan Israel terhadap jenazah para pejuang Palestin.

“Semua orang sepatutnya simpan video dan gambar ini sebagai bukti kekejaman mereka, kerana Zionis akan cuba padamkannya dan berpura-pura jadi mangsa,” komen @Rnooshabud

“Saya malu kepada mereka kerana membiarkan ketidakadilan seperti ini terus berlaku,” kata Lia.

“Semakin tragis, malah lebih teruk lagi. Berapa kali rakyat Gaza perlu mati dalam memperjuangkan diri? Semoga Allah memberikan pembalasan yang paling dahsyat kepada Israel,” komen @Soft_drops –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI