fbpx
Tangkap layar hantaran Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt yang menjadi sorotan netizen selepas memuat naik gambar di bilik air hotel.

‘Selfie’ di cermin bilik air hotel, Setiausaha Akhbar White House jadi sorotan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkongsi gambar swafotonya di hadapan cermin bilik air sebuah hotel mewah di ibu negara menjadi sorotan netizen di Threads.

Menerusi hantaran di Instastory, Leavitt, 28, memuat naik gambar itu pada pukul 6.26 pagi dengan disertai kapsyen ringkas ‘Selamat pagi dari Malaysia! Destinasi seterusnya: Tokyo’.

Namun, foto yang kelihatan biasa dan menjadi kebiasaan buat gen Z berkongsi aktiviti di media sosial itu meraih perhatian netizen yang mula meneliti butiran dalam gambar berkenaan.

Terdapat seorang pengguna di Threads memuat naik tangkap layar gambar itu dengan meminta orang ramai meneka nama hotel yang juga merupakan lokasi penginapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Rata-rata pengguna meneka nama selain turut memuat naik gambar cermin bilik air di hotel mewah berkenaan.

“(Hotel) Ritz Carlton. Tapi ini hotel bilik biasakan? Kalau bilik suite tak ada logo Ritz Carlton pada cermin,” komen Meor Azrin.

“Mungkin pekerja saja duduk di hotel ni, Trump duduk di tempat lain,” kata Mario.

“Tengok lambang macam dekat Ritz Carlton,” balas Hantus.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebaik meninggalkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 malam tadi, Trump dipercayai menginap di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Trump berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada pukul 10 pagi tadi bagi meneruskan lawatan enam hari ke tiga negara Asia dengan Jepun sebagai destinasi seterusnya.

Trump dijangka tiba di Tokyo pada pukul 5 petang (waktu tempatan) dan dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Maharaja Jepun, Naruhito di Istana Diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN