fbpx
DE BRUYNE (dua dari kanan) gagal menamatkan 90 minit selepas mengalami kecederaan menentang Inter awal pagi semalam. - AFP

Napoli terpaksa bayar harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPOLI – Pengendali Napoli, Antonio Conte terpaksa membayar harga mahal terhadap kejayaan pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Inter Milan dalam aksi Serie A di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi semalam.

Apa tidaknya, Napoli berjaya melonjak ke kedudukan teratas Serie A tetapi perlu menerima hakikat kehilangan khidmat perancang utama, Kevin De Bruyne disebabkan masalah kecederaan.

Bekas kapten Manchester City itu menjadi pemain terbaharu terpaksa disisihkan selepas Rasmus Hojlund, Stanislav Lobotka dan Alex Meret.

“Saya mengharungi permainan dengan pemain-pemain sama ada ketika baik ataupun buruk. Pada pandangan saya, kami bermain menentang pasukan terkuat di Itali.

“Mungkin ada yang mengutuk kami tetapi kami kekal meneruskannya dengan baik,” kata Conte yang sebelum ini dikritik hebat susulan kekalahan mengejut 2-7 kepada PSV Eindhoven dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu lalu.

De Bruyne menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Napoli di depan diikuti jaringan Scott McTominay and Andre-Frank Zambo Anguissa manakala gol saguhati Inter dihasilkan oleh Hakan Calhanoglu.

Mengulas jaringan yang dihasilkan, McTominay berterima kasih kepada Leonardo Spinazzola yang berjaya mencipta umpanan berkualiti buatnya.

“Leo (Spinazzola) adalah pemain hebat, dia melakukan hantaran berkualiti dan sekarang kami kena kekal konsisten bagi memacu pasukan ke arah lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI