fbpx
MBEUMO (kanan) muncul wira United apabila meledak dua gol membenam Brighton awal pagi semalam. - AFP

Man. United sebenar sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United meneruskan kebangkitan mereka di bawah kendalian Ruben Amorim selepas membenam Brighton 4-2 dalam aksi penuh dramatik di Old Trafford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Matheus Cunha membuka jaringan pertamanya bersama kelab sebelum Casemiro menambah gol kedua menjadikan United mendahului dua gol dalam tempoh 10 minit babak pertama.

Brighton yang sering menjadi ‘mimpi ngeri’ buat United cuba bangkit tetapi gagal apabila Bryan Mbeumo memastikan jaringan ketiga tuan rumah pada minit ke-61.

Penyerang Brighton, Danny Welbeck meledak sepakan percuma menakjubkan pada minit ke-85 sebelum pemain gantian, Charalampos Kostoulas memberikan harapan buat pelawat dengan gol kedua dalam masa kecederaan.

Bagaimanapun, Mbeumo memastikan tiga mata diraih United dengan gol keempat tidak lama kemudian sekali gus mencatat kemenangan ketiga berturut-turut buat kali pertama di bawah bimbingan Amorim.

“Apabila semangat kami berubah, kami bermain dengan lebih bebas dan yakin. Persembahan ini sangat penting tetapi ia tidak akan jadi Manchester United sebenar jika kami tidak sedikit ‘menderita’ di hujung perlawanan.

“Saya tidak pernah rasa malu ketika gagal menang. Saya akui untuk berdepan penyokong dalam tempoh itu memang sukar tetapi dalam bola sepak, segalanya boleh berubahn dalam hanya seminit.

“Kami belajar daripada detik sukar dan kini bangkit bertindak balas dengan cara berbeza. Anda boleh lihat permainan kami jauh lebih bagus daripada musim lalu,” kata Amorim.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu melonjak United ke kelompok empat terbaik sekali gus menggambarkan sesuatu yang positif mampu diraih di bawah Amorim selepas permulaan musim yang goyah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI