fbpx
Anwar bersalaman dengan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão sambil diperhatian pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur semalam.

Malaysia tonggak utama penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyertaan rasmi Timor-Leste ke dalam ASEAN bukan sekadar simbol diplomasi, tetapi mencerminkan keteguhan dan komitmen Malaysia dalam memperkukuh perpaduan serantau.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Malaysia konsisten menyokong kemasukan negara itu melalui pelbagai latihan, bantuan teknikal serta usaha pengukuhan kapasiti yang akhirnya membolehkan Timor-Leste diterima sebagai anggota penuh ASEAN.

Katanya, penerimaan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 yang dimeterai semalam mencatat sejarah baharu buat Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

“(Semalam) kita menyaksikan lahirnya lembaran baharu apabila Timor-Leste secara rasminya diterima sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11 ini melengkapkan keluarga Asia Tenggara yang bersatu dan berdaulat.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan penantian selama 14 tahun Timor-Leste untuk menjadi ahli ke-11 blok serantau hari ini menjadi kenyataan apabila negara tersebut kini sah secara rasmi menjadi anggota ASEAN.

Peristiwa bersejarah itu tertulis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selepas kesemua pemimpin negara-negara ASEAN menyempurnakan Majlis Menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, hari pertama sidang kemuncak berlangsung semalam berjalan dengan lancar dan menyaksikan ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memimpin ASEAN agar kekal bersatu, relevan dan berpaksikan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI