fbpx
Syahrunizam (kiri) bertukar dokumen perjanjian bersama Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Power, Daichi Nakajima di Kuala Lumpur.

Malakoff meterai perjanjian turbin gas bersama Mitsubishi Power

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad hari mengadakan majlis pertukaran dokumen bagi Perjanjian Tempahan bersama Mitsubishi Power, Ltd., sebuah entiti di bawah Mitsubishi Heavy Industries bagi perolehan turbin gas M701JAC dan penjana turbin gas berteknologi tinggi.

M701JAC merupakan turbin gas berpenyejukan udara yang terkini dan paling canggih keluaran Mitsubishi Power, terkenal dengan prestasi bertaraf dunia, fleksibiliti bahan api serta jejak karbon lebih rendah melalui kecekapan terma yang lebih tinggi dan teknologi pembakaran lebih bersih.

Dua unit turbin gas yang ditempah dijangka akan digunakan selepas pelan projek loji janakuasa kitaran gabungan 1,400 megawatt (MW) Malakoff dimuktamadkan.

Inisiatif ini akan membolehkan Malakoff memenuhi keperluan tenaga negara yang semakin meningkat dengan lebih cekap, di samping menyumbang kepada matlamat nyahkarbon dan kelestarian jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Syahrunizam Samsudin berkata, pemeteraian Perjanjian Tempahan bersama Mitsubishi Power merupakan satu langkah penting bagi Malakoff dalam memperoleh teknologi generasi baharu untuk memenuhi keperluan tenaga masa depan Malaysia.

“Dengan memperoleh akses kepada teknologi turbin gas M701JAC yang canggih, kami memperkukuh komitmen terhadap inovasi, keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan jangka panjang.

“Tempahan awal bagi dua unit turbin gas pertama memberikan kepastian yang lebih tinggi terhadap komponen utama rantaian bekalan dan menyokong pembangunan loji janakuasa kitaran gabungan kami di wilayah selatan Semenanjung.

“Perjanjian ini turut merangkumi peruntukan bagi menempah dua lagi turbin gas tambahan yang akan digunakan untuk satu lagi projek loji janakuasa kitaran gabungan berkapasiti 1,400 MW di wilayah utara,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI