fbpx
Tangkap layar video menunjukkan bangkai seekor ayam yang dibalut dengan kain kafan di sebuah tanah perkuburan. - Lambe Turah

Kecoh kain kafan di tanah kubur didakwa berisi bayi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Simpang Rimbo, wilayah Jambi terkejut apabila menemui kain kafan yang didakwa menyimpan  mayat seorang bayi di sebuah tanah perkuburan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di laman sosial menunjukkan pasukan polis berada di  kawasan tersebut untuk melakukan siasatan. 

Beberapa pegawai polis dan anggota Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) kemudian membuka kain tersebut sambil disaksikan penduduk tempatan. 

Mereka bagaimanapun terkejut apabila kain kafan itu berisi bangkai haiwan dan bukan bayi seperti yang diberitahu. 

“Ia adalah bangkai ayam. Nasib baik,” demikian menurut keterangan video itu. 

Ketua Polis Kota Baru, AKP Jimi tampil menjelaskan bahawa kain kafan itu berisi bangkai ayam dan bukan mayat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI