fbpx
Anwar (tengah) ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh IHSAN FB ANWAR IBRAHIM

Isu Laut China Selatan diselesaikan cara ASEAN, tiada paksaan kuasa luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Isu geopolitik melibatkan Laut China Selatan perlu diselesaikan menerusi kerjasama blok ASEAN serta rakan serantau dan bukannya didorong atau dipaksa oleh pengaruh kuasa luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, paksaan kuasa luar dalam penyelesaian isu Laut China Selatan dilihat boleh menimbulkan ketegangan dan kesukaran.

“Namun, seperti dalam semua isu lain, kita mahu penyelesaian (Laut China Selatan) dicapai melalui ASEAN dan dengan rakan serantau.

“Ia bukan didorong atau dipaksakan oleh kuasa luar kerana hal itu boleh menimbulkan ketegangan dan kesukaran,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini tadi.

Pada masa sama, Anwar berkata, isu berkaitan Laut China Selatan juga telah dibincangkan secara meluas dan semua pihak telah bersetuju merangka Kod Tata Laku (Code of Conduct) berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal. Kita terus menggesa semua pihak untuk terlibat dalam rundingan itu berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat.

“Ia terutamanya dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 dan Kod Tata Laku yang sedang dirangka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN