fbpx
Kenderaan perisai UNIFIL melepasi bangunan yang musnah di kampung Kfar Kila, selatan Lubnan pada 27 Ogos lalu. - AFP

Israel serang UNIFIL di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menyatakan semalam bahawa mereka diserang oleh dron dan kereta kebal milik Israel ketika melakukan rondaan di selatan Lubnan, demikian menurut laman berita TRT World.

“Serangan Israel jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan 1701 dan kedaulatan wilayah Lubnan selain tidak menghiraukan keselamatan pasukan pengaman yang melaksanakan mandat Majlis Keselamatan di selatan Lubnan,” kata UNIFIL dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam serangan itu.

UNIFIL mengesahkan bahawa dron-dron Israel dikesan berkeliaran di ruang udara lokasi mereka mengadakan rondaan sekali gus mendorong pasukan pengaman untuk mengambil langkah pertahanan.

Israel berulang kali melancarkan serangan udara di Lubnan, dengan alasan kononnya menyasarkan infrastruktur pergerakan Hizbollah walaupun perjanjian gencatan senjata telah berkuat kuasa pada November tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Lubnan menyatakan bahawa tiga orang terbunuh dalam serangan Israel di selatan dan timur negara itu.

Menurutnya, seorang mangsa terbunuh apabila Israel membedil sebuah kereta di Naqoura, wilayah Tyre, manakala sebuah lagi kenderaan turut diserang di Nabi Sheet, rantau Baalbek di timur Lebanon.

Tidak lama kemudian, kementerian sama menyatakan, satu lagi serangan di bandar al-Hafir, juga rantau Baalbek, menyebabkan seorang rakyat Syria terbunuh dan seorang lagi cedera. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI