PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan di Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. -KOSMO! ONLINE














