fbpx
Guterres antara yang hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di KLCC hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

ASEAN ke-47: PBB puji Malaysia gencatan senjata Thailand, Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peranan yang diambil oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memudah cara gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja mendapat pujian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, tindakan yang dibuat Malaysia memberi jalan kepada Kemboja dan Thailand susulan konflik di sempadan kedua-dua negeri menerusi penyelesaian secara aman.

“Dalam masa sama, negara anggota ASEAN juga memainkan peranan penting dalam misi pengaman PBB di seluruh dunia.

“Dengan keberanian yang tinggi, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa itu,” katanya pada ucapan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-15 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 semalam menyaksikan satu lagi sejarah penting apabila Thailand dan Kemboja bersetuju untuk memeterai Perjanjian Damai Thailand-Kemboja bagi melaksanakan genjatan senjata, sekali gus mewujudkan pendamaian di sempadan kedua-dua negara.

Pemeteraian perjanjian damai itu ditandatangani antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dalam satu majlis khas yang turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Berhubung isu Laut China Selatan, Guterres berkata, beliau menggesa supaya sebarang insiden perlu dielakkan, manakala risiko di kawasan tersebut juga mesti dikurangkan.

“Kebebasan pelayaran serta penerbangan perlu dikekalkan selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI