fbpx
Anwar (tengah) ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh IHSAN SEKRETARIAT ASEAN

ASEAN ke-47: Keperluan tubuh simpanan bekalan perubatan hadapi kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Blok kerjasama ASEAN Plus Three (APT) yang turut melibatkan penyertaan China, Jepun dan Korea Selatan perlu meneruskan usaha menubuhkan APT Reserve of Medical Supplies for Public Health Emergencies (APTRMS) bagi menghadapi kemungkinan kecemasan kesihatan pada masa hadapan.

Berucap pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama, blok kerjasama itu perlu memperkukuh penglibatan dan kerjasama yang memainkan peranan sebagai kunci kepada kestabilan.

“Hampir tiga dekad berlalu, ASEAN Plus Three kekal sebagai salah satu rangka kerja paling kukuh bagi dialog dan kerjasama.
“Ditubuhkan selepas Krisis Kewangan Asia pada tahun 1996, APT bertahan menghadapi pelbagai krisis lain seperti krisis kewangan 2008 dan baru-baru ini pandemik Covid-19.

“Pengalaman APT menunjukkan bahawa cabaran bersama boleh ditukar menjadi kekuatan,” katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 turut dihadiri Menteri Luar Negeri Jepun juga Penyelaras bagi Negara Plus Three, Motegi Toshimitsu selain Perdana Menteri China, Li Qiang dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, rangka kerja APT juga perlu memainkan peranan bagi memastikan pertumbuhan yang adil, kemakmuran dikongsi secara melees dan kemajuan yang membawa keamanan.

“Kita perlu mempersiapkan golongan belia dan wanita untuk sebuah rantau Asia Timur yang mampan, inklusif dan saling berhubung.

“Jadi, Saya menantikan perbincangan yang membina mengenai masa depan kerjasama ini agar Asia Timur terus menjadi wadah kestabilan, peluang dan harapan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI