fbpx
Li Qiang (kiri) bersama Anwar pada Sidang Kemuncak ASEAN-ke 47 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh IHSAN FB ANWAR

ASEAN ke-47: China sedia perkukuh kerjasama bangun potensi Asia Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- China menzahirkan komitmen memperkukuh penjajaran strategi pembangunan dengan semua pihak dengan menegakkan prinsip kerjasama terbuka serta mengambil tindakan lebih praktikal bagi membangunkan Asia Timur bersama komuniti ASEAN.

Berucap pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28, Perdana Menteri China, Li Qiang berkata, prinsip kerjasama terbuka diamalkan sebelum ini membolehkan perbezaan sistem sosial diatasi seterusnya membentuk hubungan lebih baik antara negara.

“Apabila kita meneliti sebab mengapa Asia Timur mampu mencapai keajaiban pembangunan tersebut, satu perkataan yang terlintas di fikiran ialah kerjasma terbuka. “Dengan menyesuaikan diri kepada kelebihan dan undang-undang ekonomi masing-masing, kita membentuk hubungan saling melengkapi serta pembahagian kerja antara negara.

“Melalui kerjasama terbuka juga, kita mengelakkan isu ekonomi menjadi bersifat politik atau keselamatan. Dengan komunikasi, dialog selain pengurusan dan penyelesaian perbezaan, kita meminimumkan gangguan terhadap pembangunan ekonomi,” katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di sini tadi.

Terdahulu,Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Luar Negeri Jepun juga Penyelaras bagi Negara Plus Three, Motegi Toshimitsu dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung.

ASEAN Plus Three memainkan peranan untuk mengukuhkan integrasi ekonomi, kestabilan kewangan dan kerjasama politik serantau di Asia Timur.

Mengulas lanjut, Li Qiang berkata, pengukuhan semangat kerjasama terbuka juga memainkan peranan untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau selain merangsang daya saing pasaran dan mencipta peluang pembangunan baharu.

Selain itu, katanya, kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan secara keseluruhan mengekalkan momentum positif, memperlihatkan daya tahan serta pengukuhan ekonomi Asia Tenggara.

“Bagaimanapun kami menyedari bahawa perubahan rumit dalam landskap perdagangan dan ekonomi antarabangsa khususnya gangguan akibat tarif yang tinggi memberi cabaran sehingga meningkatkan ketidaktentuan serta ketidakstabilan dalam persaingan mahupun pembangunan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI