fbpx
Bintang ekuestrian muda negara, Sharifah Ariel Budriah Jamalullail menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia.

Ariel Budriah rangkul emas pertama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bintang ekuestrian muda negara, Sharifah Ariel Budriah Jamalullail menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Remaja Asia (AYG) 2025 di Bahrain menerusi acara show jumping individu semalam.

Ariel Budriah yang pernah menjalani latihan intensif di Belanda dan Arab Saudi, menampilkan tunggangan penuh yakin dalam pusingan jump-off.

Ketenangan luar biasa dipamerkannya memastikan pingat emas pertama buat kontinjen negara dengan lompatan terakhir yang cukup kemas.

Pengurus pasukan, Justin Yap menyifatkan persembahan Ariel Budriah sebagai detik terbaik buat skuad ekuestrian muda negara.

“Tahniah, satu aksi jump-off yang luar biasa, ia terbaik di Asia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI