fbpx
NELYDIA dan suaminya berkongsi keterujaan menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Uqasha ‘panjat’ mahkamah, Nelydia jejak Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIKA dunia hiburan kecoh dengan kisah Uqasha Senrose mahu bercerai, lain pula perhatian yang diraih Datin Nelydia Senrose.

Sudahlah tidak bersuara atau tumpang glamor kes cerai kakak, Nelydia sebaliknya membikin cemburu ramai apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Momen tersebut dikongsi Nelyda dalam InstaStorynya. Siapa sahaja tidak rasa cemburu sebab ramai pasang impian untuk ke lokasi yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu.

Itulah rezeki yang sudah tertulis buat Nelydia tetapi satu hal yang Diva puji, dia tidak berkongsi berlebih-lebihan.

Mungkin Nelydia ambil pendekatan itu memandangkan ramai panas dengan isu perang di Gaza, jadi kalau kongsi perkara seronok seperti itu risau dikata tidak sensitif pula.

Semoga bumi Palestin kembali aman dan bebas daripada cengkaman rejim Zionis.

DIVA: Rumit betul cerita cerai Uqasha, Kamal Adli pula hilang entah ke mana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI