fbpx
Tangkap layar hantaran oleh @MargoMartin47 di aplikasi X memaparkan Donald Trump bersama Datuk Seri Anwar menari bersama kumpulan penari tradisional di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, pagi tadi.

Trump tiba di KLIA, sempat berjoget dengan penari tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tiba di Malaysia mencuri perhatian apabila menari bersama orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Menerusi hantaran pengguna @MargoMaetin47 di aplikasi X, ketibaan Trump kira-kira pukul 9.54 pagi itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kumpulan tarian tradisional.

“Donald Trump menari sewaktu ketibaannya di Malaysia,” menurutnya pada ruang kapsyen.

Video berdurasi 20 saat itu menarik perhatian ramai apabila Trump secara bersahaja mengikuti rentak muzik tradisional yang dimainkan oleh kumpulan penari tradisional, sebelum mula berjoget.

Aksi spontan itu mengundang sorakan orang ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut tidak melepaskan peluang menari bersama Presiden AS itu.

Untuk rekod, kunjungan Trump ke Malaysia merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Difahamkan, kehadirannya dalam siri pertemuan ekonomi dan forum keselamatan serantau bakal menyentuh komitmen ASEAN terhadap sistem antarabangsa berasaskan hukum.

Menjengah ke ruang komen, rakaman video aksi joget Trump mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan keletah pemimpin berusia 79 tahun itu.

“Nampaknya diplomasi antarabangsa pun tidak dapat menghalang Presiden Trump daripada berjoget,” kata Karoline Leavitt.

“Dia buat saya terhibur dengan tarian itu! Sungguh indah melihat Malaysia menyambutnya seperti itu,” kata Landon Easley. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI