fbpx
Megat Jalaluddin (kiri) bertukar dokumen perjanjian MoU dengan Pengerusi CET, Yu Jun (kanan) sambil diperhatikan oleh Fadillah pada majlis yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

TNB meterai kerjasama dengan SGCC perkukuh kemajuan dalam grid kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama State Grid Corporation of China (SGCC), syarikat utiliti awam terbesar dunia, melalui anak syarikat milik penuhnya China Electric Power Equipment and Technology Co., Ltd. (CET).

Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama teknologi dalam pemajuan grid kuasa dan rangkaian pembahagian,menyokong pemodenan grid Malaysia serta menyumbang kepada visi ASEAN yang lebih luas bagi mempertingkatkan keterhubungan tenaga serantau.

Kerjasama ini memfokuskan  kepada tiga bidang teras iaitu perancangan dan integrasi sistem kuasa, rangkaian pintar dan berdaya tahan, penyelesaian digital dan kecerdasan Buatan (AI).

Ia memiliki matlatmat untuk memanfaatkan kepakaran SGCC dan CET dalam bidang peralihantenaga serta sistem kuasa baharu bagi memperkukuh operasi dan pengurusan sistem grid kuasa dan rangkaian pembahagian TNB.

SGCC mempunyai rekod cemerlang dalam bidang tenaga, dengan pembekalan elektrik kepada lebih 1.1 bilion pelanggan serta rangkaian operasi antarabangsa di lebih 40 buah negara melalui CET sebagai cabang perniagaan globalnya.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pihaknya berdedikasi untuk membangunkan sistem kuasa yang lebih cekap, berdaya tahan dan rendah karbon.

Menurut beliau, MoU bersama SGCC ini, melalui anak syarikat milik penuhnya CET, akan membolehkan syarikat memanfaatkan amalan terbaik global dalam perancangan sistem kuasa teknologi grid pintar dan penyelesaian digital, sebagai pemangkin penting bagi mengintegrasikan tenaga boleh baharu serta memperkukuh peranan kami dalam Grid Kuasa ASEAN (APG).

“Kerjasama ini juga menekankan komitmen TNB dalam menyokong masa depan Malaysia yang lebih mampan melalui teknologi AI, khususnya menerusi inisiatif Grid Pintar.

“Kami berharap kerjasama sebegini dapat terus diperkukuh bagi menyokong matlamat peralihan tenaga negara,” katanya dalam kenyataan.

MoU tersebut telah ditandatangani di Shah Alam, Selangor, dalam satu majlis yang dihadiri wakil-wakil utama kedua-dua pihak dan pemeteraian perjanjian tersebut turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN