Kebelakangan ini, aktiviti pendakian semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat negara ini. Dari sekadar hobi hujung minggu, ia kini menjadi satu gaya hidup yang melambangkan semangat cabaran, ketahanan diri dan kecintaan terhadap alam semula jadi. Bagi industri pendakian, malim gunung yang sebelum ini bernaung di bawah persatuan atau badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini diselaraskan di bawah Jabatan Perhutanan dikenali sebagai Malim Gunung Perhutanan (MGP). MGP diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan panduan pendakian dan memastikan keselamatan pendaki serta menjaga kawasan…














