SEBAGAI pencinta pemandangan indah dan pengalaman memandu yang menenangkan, percutian di Eropah merupakan sesuatu yang sudah lama saya impikan. Seronok rasanya impian itu menjadi nyata apabila saya dapat bercuti bersama dua rakan lain ke Eropah pada musim luruh tahun lalu. Perjalanan bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Munich, Jerman. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich, suasana Eropah segera terasa. Udaranya dingin, sistem pengangkutan cekap dan seni bina modennya tersusun. Dari lapangan terbang, kami mengambil kereta……














