fbpx
Terengganu bakal menerima tujuh projek baharu bagi menangani isu banjir dan hakisan pantai yang sering melanda negeri tersebut saban tahun.

Terengganu terima tujuh projek baharu tebatan banjir, hakisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Terengganu bakal menerima tujuh projek baharu bagi menangani isu banjir dan hakisan pantai yang sering melanda negeri tersebut saban tahun.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Osman Abdullah berkata, kesemua projek tebatan banjir dan pengawalan hakisan berkenaan diluluskan mengikut Bajet Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) baru-baru ini.

Beliau berkata, peruntukan keseluruhan RM410.68 juta telah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pelaksanaan kesemua projek terbabit.

“Projek baharu tersebut ialah pengawalan hakisan Pantai Rusila, Marang bernilai RM140 juta dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu (RM10 juta).

“Selain itu, RTB Sungai Buaya, Kuala Nerus dan pemuliharaan sungai masing-masing menelan belanja RM198.17 juta dan RM25 juta,” katanya
selepas memberi taklimat Kesiapsiagaan MTL di sini hari ini.

Osman berkata, projek sistem Saliran Line 28 di Kampung Mak Chili Kemaman dengan kos RM29.5 juta juga telah diluluskan.

Beliau berkata, selain itu, kelulusan juga diberikan kepada Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Kemaman bernilai RM3.2 juta.

“Projek baharu ketujuh ialah Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Dungun bernilai RM4.5 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI