fbpx
Pemandu treler ditemui dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup dengan pita pelekat di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan, dekat Raub. — FOTO IHSAN PDRM

Tangan terikat, mata ditutup, pemandu treler dilarikan 34 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Tangan terikat, mata ditutup dan dilarikan sejauh 34 kilometer. Itu detik cemas yang ditempuh seorang pemandu treler sebelum ditinggalkan di tepi jalan malam semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai diserang tiga lelaki ketika berhenti berehat di sebuah warung makan di sempadan Bentong–Raub.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dan mangsa ditemui seorang lelaki dalam keadaan tangan diikat dan mata tertutup berhampiran Taman Sri Wawasan, di sini. Sepasukan anggota peronda yang menerima maklumat segera ke lokasi dan membawa mangsa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu treler dari Balakong, Selangor menuju ke Gua Musang, Kelantan, singgah di warung tersebut untuk mandi dan menukar pakaian sebelum diserang.

“Mangsa diikat tangannya menggunakan ‘cable tie’ sebelum dibawa menaiki sebuah kereta. Selepas kira-kira sejam berada dalam kenderaan dengan mata ditutup menggunakan pita pelekat hitam, mangsa diturunkan di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan awal menunjukkan motif utama suspek adalah untuk melarikan treler yang membawa muatan besi berkenaan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini dalam keadaan stabil.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI