fbpx
Tangkap layar video menunjukkan seekor ular berbisa yang menyusup masuk ke dalam ruang tamu. - Jam Press

Rumah ‘diceroboh’ ular kedua paling berbisa di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CANBERRA – Seorang pemilik rumah di Australia berdepan detik cemas apabila seekor ular antara yang paling berbisa di dunia menjalar masuk ke dalam ruang tamu kediamannya, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Menurut pemilik rumah tersebut, dia segera menutup pintu bilik dan meletakkan kain di celahan pintu bagi mengelakkan reptilia itu merayap ke tempat lain.

Dia bergegas menghubungi penangkap ular terkenal di Australia, Tim Hudson. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan ular berwarna coklat itu bersembunyi di bawah kabinet ketika Hudson cuba menghampirinya. 

Selepas beberapa saat, reptilia itu berjaya ditangkap sebelum dimasukan ke dalam penyodok khas. 

“Ia adalah ular kedua paling berbisa di dunia. Ular itu tidak begitu besar tetapi ia bukan haiwan yang sepatutnya ada di dalam rumah anda.

“Spesies itu agak kuat tetapi tidak agresif. Kebanyakan orang akan mengambil penyodok dan cuba melakukan perkara jahat kepada haiwan ini,” kata Hudson. 

Dia turut memuji pemilik rumah kerana bersikap profesional dengan menghubungi pakar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI