fbpx
Mohamed Khaled menyambut Prabowo di Pangkalan Udara Subang malam ini.

Prabowo, delegasi Indonesia tiba di Pangkalan Udara Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto tiba di Malaysia malam ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok.

Ketibaaan Prabowo disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sebagai antara rakan teras dalam ASEAN, penyertaan aktif Indonesia amat signifikan dalam memperkukuh perpaduan dan kerjasama serantau.

“Ia seiring dengan usaha Malaysia dan negara anggota lain membina rantau yang makmur, inklusif dan berdaya tahan.

“Mewakili Kerajaan Malaysia, Selamat datang ke Malaysia Bapak Presiden dan seluruh delegasi Republik Indonesia,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung selama tiga hari sehingga 28 Oktober ini turut menghimpunkan beberapa pemimpin negara besar termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI