fbpx
PPS di Balik Pulau sudahpun ditutup sepenuhnya tengah hari tadi manakala enam lagi masih beroperasi di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah. GAMBAR IHSAN PKOB BARAT DAYA

PPS di Balik Pulau ditutup, 6 lagi masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebanyak enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir masih beroperasi di Pulau Pinang setakat petang ini, melibatkan jumlah keseluruhan mangsa seramai 849 orang.

Ketika ini, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Awang Had Salleh di Balik Pulau di sini dilaporkan telah ditutup pada pukul 12.45 tengah hari tadi setelah beroperasi selama tiga hari, sejak Khamis lalu.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negeri Pulau Pinang, PPS yang masih beroperasi adalah di kawasan terjejas banjir iaitu di dua di Seberang Perai Utara (SPU) dan empat Seberang Perai Tengah (SPT). Katanya, PPS di SPU adalah di SK Guar Perahu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di SPT manakala SPU pula membabitkan SK Lahar Yooi, SK Padang Menora, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting.

Sementara itu, berdasarkan laman web info bencana JKM, seramai 165 keluarga berada di PPS SPU manakala 68 keluarga lagi tinggal sementara di PPS SPT, setakat pukul 3.57 petang tadi.

“Mengikut pecahan terkini daripada 849 mangsa yang terjejas, seramai 50 warga emas perempuan, warga emas lelaki (33) dan tujuh orang kurang upaya (OKU) perempuan terdiri lelaki dan perempuan ditempatkan di PPS kedua-dua daerah itu ketika ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN