fbpx

Peserta himpunan motosikal maut kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang peserta sebuah himpunan bermotosikal di Cherating, Pahang maut dalam kemalangan di di Kilometer 348.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Plaza Tol Kuala Dungun, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1 tengah hari tersebut, mangsa, Muhammad Zakiuddin Mohd. Zul, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Sewaktu kejadian, Muhammad Zakiuddin dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rusila, Marang selepas menyertai sebuah program himpunam bermotosikal di Cherating.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda C70 ditungangginya mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terjatuh di atas lebuh raya.

Muhammad Zakiuddin dikatakan terseret bersama motosikalnua sejauh beberapa meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir yang dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN