fbpx
PECCO melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan GP Malaysia di petama pertama hari ini.

MotoGP: Bagnaia tempah petak utama di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pelumba sensasi Itali, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia, meneruskan penguasaannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila petak utama di Grand Prix (G) Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan semalam.

Juara dunia dua kali dari pasukan Ducati Lenovo itu mempamerkan tunggangan cukup menyakinkan apabila merekodkan masa pusingan terpantas satu minit 57.001 saat (1:57.001s), sekali gus mengesahkan petak utama ketiganya sejak 2023.

Kejayaan itu lebih manis selepas bintang Ducati itu terpaksa beraksi di sesi Kelayakan Satu (Q1) terlebih dahulu sebelum melayakkan diri dan seterusnya mendominasi sesi Kelayakan Dua (Q2) beberapa minit kemudian.

Pelumba Sepanyol, Alex Marquez akan memulakan perlumbaan dari petak kedua selepas pelumba Gresini Racing Ducati itu mencatatkan masa 1:57.017s, memberikan harapan cerah buatnya untuk merebut gelaran naib juara keseluruhan musim ini.

Sementara itu, Franco Morbidelli dari pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team melengkapkan barisan hadapan di petak ketiga dengan catatan masa 1:57.159s untuk perlumbaan sprint dan perlumbaan utama Ahad ini.

Pelumba Perancis, Fabio Quartararo, yang sebelum itu seketika mendahului sesi, akan bermula di petak keempat, manakala bintang KTM, Pedro Acosta, melengkapkan lima pelumba terpantas walaupun sempat terlibat dalam insiden kemalangan.

Meskipun dilihat gembira dengan prestasinya, catatan masa Bagnaia kali ini tidak berjaya memecahkan rekod pusingan litar miliknya sendiri iaitu 1:56.337s yang dilakukannya ketika memenangi GP Malaysia 2024.

Saingan GP Malaysia kali ini berlangsung tanpa kelibat juara dunia yang baru dinobatkan, Marc Marquez, yang terpaksa berehat sehingga akhir musim akibat kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI