fbpx
Anwar menyambut keberangkatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Foto Facebook Anwar

Malaysia Madani cerminan kepimpinan ASEAN – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN mencerminkan semangat ASEAN bersatu serta nilai Malaysia Madani yang menekankan prinsip keadilan dan ihsan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global serta suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).

“Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk Timor Leste serta para Tetamu Pengerusi iaitu Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera serta berdaya tahan.

Menurut beliau, Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini hingga 28 Oktober menjadi tumpuan diplomatik dunia apabila menghimpunkan pelbagai pemimpin antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI