fbpx
Anwar (kanan) ketika menyambut ketibaan Trump di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang hari ini.

Malaysia, AS naik taraf hubungan diplomatik jadi perkongsian strategik komprehensif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang mencerminkan keutuhan hubungan kerjasama berterusan dalam pelbagai bidang antara kedua negara.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, penaiktarafan itu menandakan satu kemajuan bersejarah dalam hubungan kedua negara yang berteraskan elemen diplomatik yang terjalin sejak tahun 1957.

Katanya, hubungan itu turut diperkukuh melalui rangka Perkongsian Komprehensif yang telah dimeterai pada tahun 2014.

“CSP ini mencerminkan keakraban dan keutuhan hubungan kerjasama dua hala yang berterusan dalam pelbagai bidang strategik khususnya perdagangan dan pelaburan, teknologi tinggi, pertahanan dan keselamatan selain keselamatan tenaga, keamanan, kestabilan serantau dan hubungan antara rakyat.

”CSP ini akan terus memperkukuh peranan Malaysia sebagai rakan kongsi penting dan dipercayai di rantau Asia Pasifik,” katanya hari ini.

Terdahulu,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump telah mengadakan mesyuarat dua hala sebentar tadi sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula hari ini

Kedua-dua pemimpin turut menyifatkan pertemuan sulung ini yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 sebagai satu detik bersejarah.

AS adalah antara rakan dagang terbesar Malaysia dan pelabur terbesar secara kumulatif.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM324.91 bilion pada 2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI