fbpx
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di KM260.1, LPT 2 berhampiran R&R Perasing,Kemaman hari ini.

Lelaki maut, Proton Myvi terbalik di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 260.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Amirul Izuan Azmi, 23, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, Muhammad Amirul Izuan dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang. Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas hingga merempuh besi penghadang lebuh raya.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa kemudiannya terbalik di tengah lebuh raya dan menyebabkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli yang dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN