fbpx
Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak, berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu.

Lagi anggota trafik cedera ketika iring konvoi delegasi Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lagi anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan ketika mengiringi konvoi delegasi Brazil sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak, berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu, apabila motosikal mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

Satu rakaman video berdurasi empat saat memaparkan detik kemalangan itu tular di media sosial, menunjukkan anggota trafik berkenaan terbaring di tepi jalan berhampiran susur masuk ke Pusat Perdagangan Dunia (WTC).

Motosikal ditunggang anggota terbabit dilihat mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

Difahamkan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Kemalangan berkenaan merupakan insiden kedua melibatkan anggota polis trafik yang bertugas mengiringi konvoi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang berlangsung di ibu negara dari 26 hingga 28 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI