Di tangan Nor Athirah Mohd. Azlee, kek bukan sekadar pencuci mulut, bahkan menjadi kanvas yang dihidupkan dengan sapuan warna dan corak penuh jiwa. Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mencuri perhatian ramai melalui akaun Instagramnya, @thecakiesmy, dengan setiap hasil kek chiffon tampil bagaikan karya seni halus yang terlalu indah untuk dimakan. Berbeza daripada dekorasi kek konvensional, Athirah memilih untuk melukis terus di atas permukaan chiffon yang lembut dan gebu. Menggunakan berus halus dan pewarna khas yang selamat dimakan, dia menghasilkan……














