fbpx
Orang ramai memeriksa serpihan kenderaan yang disasarkan oleh serangan Israel di kampung Haruf, selatan Lubnan semalam. - AFP

Israel serang Lubnan, 2 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Kementerian Kesihatan Lubnan menyatakan bahawa dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam dua serangan Rejim Zionis di selatan negara itu semalam, serangan terbaharu yang dilakukan di tengah-tengah gencatan senjata antara Israel dan Hizbollah.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan mengaitkan kematian itu dengan serangan Israel ke atas sebuah kereta di Haruf, daerah Nabatiyeh.

Ia kemudian melaporkan satu lagi serangan ke atas sebuah motosikal di Qlaileh, daerah Tyre, yang mengorbankan seorang.

Tentera Israel berkata, ia telah membunuh Zayn al-Abidin Hussein Fatouni dengan mendakwa dia sebagai seorang komander dalam unit antikereta kebal Batalion Pasukan Radwan Hizbollah.

Menurut kenyataan tentera, Fatouni terlibat dalam usaha untuk mewujudkan semula infrastruktur Hizbollah di selatan Lubnan.

Tentera Israel tidak segera mengulas mengenai serangan ke atas Qlaileh.

Israel telah berulang kali mengebom Lubnan meskipun gencatan senjata berkuat kuasa sejak November 2024 yang bertujuan menamatkan lebih setahun permusuhan dengan Hizbollah.

Tentera Israel meningkatkan serangannya sejak seminggu lalu, dengan membunuh dua orang dalam dua serangan berasingan ke atas kenderaan pada hari Jumaat.

Pihak tentera berkata, ia membunuh seorang komander logistik Hizbollah dalam serangan pertama dan seorang anggota yang terlibat dalam usaha untuk memulihkan keupayaan ketenteraan Hizbollah dalam serangan kedua. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI