fbpx
HAKIM Danish semangat hadapi perlumbaan sebenar esok.

Hakim Danish raih kontrak pelumba tetap Moto3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli terus mengorak langkah dalam karier selepas sah meraih slot sebagai pelumba tetap di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3 musim depan bersama pasukan ternama, MSi Racing Team.

Pengumuman rasmi itu sekali gus menamatkan teka-teki mengenai masa depan pelumba berusia 18 tahun kelahiran Terengganu tersebut selepas menamatkan perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di kedudukan ketiga keseluruhan.

Prestasi konsisten sepanjang musim 2025 menjadi faktor utama pemilihannya selepas Hakim Danish menampilkan aksi memberangsangkan dalam FIM JuniorGP (JrGP) dan menamatkan saingan RBMRC.

Aksi berani ketika tampil sebagai pelumba wildcard di Grand Prix Malaysia minggu ini turut menarik perhatian pengurusan MSi Racing, sekali gus membuka jalan buat anak jati Terengganu itu menandatangani kontrak penuh bagi musim 2026.

Musim hadapan, Hakim Danish bakal bergandingan dengan pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka, selepas seorang lagi pelumba sedia ada, Angel Piqueras dinaikkan pangkat ke Moto2.

“Sudah tentu berita ini membuatkan saya sangat gembira dan memberi motivasi tambahan untuk beraksi minggu ini. Saya amat teruja menyertai Moto3 2026 bersama MSi. Ini impian saya sejak kecil dan saya berjanji akan memberikan segalanya tahun depan.

“Terima kasih kepada MSi, pengurus pasukan Oscar Manzano, SIC, ZK Racing, KBS, Terengganu Inc, serta semua penyokong yang sentiasa mempercayai saya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan MSi Racing, Oscar Manzano berkata, penyertaan Hakim Danish sejajar dengan falsafah pasukan yang mahu membangunkan pelumba muda dari akar umbi hingga ke kelas MotoGP.

“Kami berbangga dapat membawa Hakim Danish ke Kejuaraan Dunia Moto3. Ia selari dengan visi pasukan untuk membimbing pelumba dari kategori bawah hingga ke peringkat tertinggi,” jelasnya.26

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI