fbpx
ARSENAL memiliki benteng pertahanan yang dianggap paling ampuh setakat ini dan bersedia mengekang kemaraan Palace. - AFP

EPL: Arsenal masih simpan dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pertemuan dengan Crystal Palace di Emirates malam ini menjadi peluang terbaik buat Arsenal untuk melunaskan dendam ketika impian besar mereka musim lalu gagal direalisasikan.

April lalu, Palace berjaya mengikat The Gunners 2-2 di Emirates dan keputusan itu memberikan kesan besar kepada Arsenal yang terpaksa merelakan Liverpool bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

“Ini adalah perlawanan keempat berturut-turut menentang lawan yang membuatkan kami hilang mata musim lalu. Kali ini, kami mempunyai kemampuan untuk mengalahkan mereka, jadi fokus sekarang adalah untuk teruskan apa yang kami sedang lakukan,” kata Pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Ketika ini, Arsenal yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara sejak tiga musim lalu dilihat sedang berada pada prestasi terbaik dan kekebalan benteng pertahannya menjadi nadi utama kepada pasukan untuk mengejar kejuaraan musim ini.

Sejak lapan perlawanan lalu, The Gunners muncul pasukan yang bolos paling sikit iaitu hanya dengan tiga gol dan selain Arteta juga turut mengharapkan kualiti pemainya untuk menyempurnakan situasi bola mati.

Arsenal kini sudah pun menjaringkan 10 gol dalam situasi bola mati dan Arteta nyata gembira pemainya mampu menjelmakan perkara itu sebagai senjata kekuatan pasukan.

“Kami faham bola sepak sedang berkembang dan bagaimana pasukan lawan bertindak balas kepada kami. Kami juga perlu memaksimumkan beberapa aspek dengan lebih kerap dan kelebihan yang kami ada memberikan nilai tambah kepada pasukan,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI