fbpx
ENAM buah rumah dan tiga motosikal musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Mak Intan, Kampung Terengganu di Teluk Intan hari ini.

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Sebanyak enam buah rumah dan tiga motosikal musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Mak Intan, Kampung Terengganu di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu diterima pada pukul 12.40 tengah malam.

Katanya, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan dan PBS Batu 12 diatur gerak ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.”Setibanya anggota di lokasi, api didapati marak membakar enam buah rumah kelas B dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.

“Tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran itu. Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal pada pukul 1.12 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI