fbpx
MBAPPE menggesa rakan sepasukannya memberikan sepenuh fokus untuk memburu kemenangan pada aksi El Clasico. - AFP

El Clasico: Real mahu jarakkan kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Real Madrid berpeluang untuk terus menjarakkan kedudukan dalam La Liga sekiranya mencatat kemenangan ke atas Barcelona menjelang pertemuan El Clasico di Santiago Bernabeu malam ini.

Justeru, penyerang pasukan itu, Kylian Mbappe menggesa rakan sepasukan supaya memberikan sepenuh fokus bagi memastikan mereka dapat mengutip tiga mata penting, lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.

Pemain Perancis itu berkata, pertemuan menentang Barcelona sentiasa perlawanan yang sangat penting dan dia sedar bukan mudah untuk mencatat kemenangan ke atas pemenang trebel musim lalu itu.

“Ini adalah minggu yang cukup penting untuk kami. Memang benar perlawanan menentang Juventus adalah penting tetapi pertemuan dengan Barcelona lebih istimewa kerana memiliki sejarah tersendiri.

“Saya harap semua penyokong berada di belakang bagi memberikan sokongan pada perlawanan itu nanti. Mereka tahu perlawanan ini sangat penting, sama seperti kami, jadi ia akan menjadi hari terbaik,” katanya.

Mbappe juga pastinya akan diletakkan sebagai sandaran bagi merobek pintu gol Barcelona, lebih-lebih lagi dia memiliki rekod cukup baik apabila meledak lima gol ke atas The Catalans pada musim lalu.

“Tidak ada perlawanan yang lebih besar berbanding El Clasico, mungkin setaraf dengan Liga Juara-Juara. Kami tidak mahu sekadar beraksi dalam perlawanan itu, kami ingin mencatat kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN