fbpx
FLICK digantung selepas menerima kad merah selepas memprotes keputusan pengadil ketika aksi menentang Girona. - AFP

El Clasico: Barcelona tempang tanpa Flick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Hasrat Barcelona untuk membatalkan penggantungan jurulatih, Hansi Flick tidak tertunai selepas Mahkamah Pengurusan Sukan (TAD) menolak permohonan dibuat dan mengekalkan hukuman tersebut.

Justeru, The Catalans berada dalam keadaan bimbang memandangkan pengendali dari Jerman itu tidak akan berada di kotak teknikal pada aksi La Liga menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu malam ini.

Keadaan itu pastinya membuatkan seluruh pasukan berada dalam keadaan gusar kerana mereka amat memerlukan kehadiran Flick bagi merencana taktikal pasukan sepanjang perlawanan berlangsung.

Tugas penting itu nanti bakal digalas penolong jurulatih, Marcus Sorg, namun beliau dijangka akan menerima panduan serta arahan daripada Flick yang bakal berada di tempat duduk penonton.

Sebelum ini, Flick dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning pada aksi menentang Girona minggu lalu atas tindakannya melakukan protes terhadap beberapa keputusan pengadil perlawanan.

Sementara itu, pemain pertahanan Barcelona, Ronald Araujo tidak sabar untuk berdepan pemain sayap Los Blanos, Vinicius Junior yang dianggap mampu mengucar-kacirkan benteng pertahanan The Catalans.

“Vinicius seorang pemain yang sangat hebat dan dia sentiasa memaksa saya berada pada tahap terbaik. Bagi saya, dia dapat mengeluarkan permainan sebenar yang ada dalam diri mana-mana pemain,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI