NABILA (bukan nama sebenar) tidak pernah bercinta sewaktu di bangku sekolah kerana dunia remajanya hanya dipenuhi buku, peperiksaan dan impian untuk melanjutkan pelajaran. Jadi, apabila wanita berusia 20 tahun itu bertemu Fikri (bukan nama sebenar) di universiti segalanya terasa baharu. Bak kata orang, cinta pertama memang lain sikit. Sebab itu, Nabila merasakan dirinya mula berubah perlahan-lahan. Fikri bukan sekadar teman lelaki biasa. Dia pandai memujuk, mengambil hati dan membuat Nabila terasa istimewa bahkan menghadiahkannya seutas rantai. Setiap pagi, Fikri menunggu……














