fbpx
Kompleks Mahkamah Kota Bharu. - Gambar hiasan

Buruh didakwa tiga pertuduhan ‘sentuh’ anak tiri dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang merupakan anak tirinya di rumah mereka di Pasir Puteh dekat sini pada 2023 dan April lalu.

Tertuduh yang berusia 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 15 dan 17 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini pada 2023 dan pukul 9 pagi, 11 April lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (b), Seksyen 14 (c) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Ketiga-tiga seksyen itu boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Hajar tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh kerana ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya merupakan kes yang serius.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 25 November depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI