fbpx
Gambar Hiasan

Bas perantara percuma sepanjang gangguan laluan Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma antara Stesen Kwasa Damansara dan Stesen Putrajaya Sentral bagi membantu penumpang yang terjejas akibat gangguan sistem semboyan.

Perkhidmatan itu beroperasi dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Rapid Rail dalam kenyataan berkata, kerja-kerja baik pulih sistem semboyan di Laluan Putrajaya masih giat dijalankan susulan gangguan yang berlaku sejak semalam.

Menurutnya, hasil siasatan pasukan teknikal di lokasi mendapati terdapat lebih banyak kabel gentian optik yang dipotong, dipercayai akibat aktiviti kecurian.

“Kejadian itu memerlukan pembaikan menyeluruh bagi memastikan operasi tren kembali stabil dan selamat.

“Berikutan gangguan tersebut, tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral kini dipandu secara manual, menyebabkan pergerakan lebih perlahan serta berhenti lebih lama di setiap stesen. Kekerapan tren dijangka setiap 20 hingga 30 minit,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI