fbpx
Kenderaan yang membawa Trump tiba di KLCC sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sebentar tadi.

[VIDEO] ASEAN ke-47: Trump tiba di KLCC, lambai petugas media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Trump yang menaiki kenderaan dikenali The Beast tiba di pekarangan KLCC kira-kira pukul 10.58 pagi tadi.

Pemimpin besar dunia itu sempat melambaikan tangah ke arah petugas media yang membuat liputan ketibaan beliau di sini. Tinjauan wartawan Kosmo! di lokasi mendapati pergerakan pemimpin antarabangsa itu dikawal rapi dengan sebuah lagi kenderaan ‘The Beast’ sebagai pengiring hadapan selain kawalan sebuah helikopter di bahagian udara bagi tujuan keselamatan.

Kenderaan itu bagaimanapun, mengikuti laluan berbeza dengan memasuki kawasan parkir bawah tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI