fbpx
Anwar (kanan) dan Trump bersalaman pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini. IHSAN SEKRETARIAT ASEAN

ASEAN ke-47: Trump puji tandatangan Anwar artistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pesiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji tandatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak ASEAN-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu saling memuji ketika menandatangani perjanjian dagangan timbal balik hari ini.

Trump berkata, Anwar mempunyai tandatangan yang sangat menarik sambil menunjukkanya terhadap delegasi yang hadir.

“Lihat tandatangan beliau (Anwar) sangat berbeza dan artistik,” selorohnya.

Dalam pada itu, Trump juga memberikan pandangan bahawa persidangan berprestij itu merupakan suatu pengalaman yang menarik. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI